MASJID IMAM AS-SYAFIE PERLU RM7.58 JUTA UNTUK KEMUDAHAN LEBIH 15, 000 ISI RUMAH DI BANDAR MERU RAYA, IPOH
Ilustrasi Masjid Imam As-Syafie yang sedang dibina di kawasan Meru Raya, Ipoh
IPOH - Kira-kira 15, 000 isi rumah di kawasan Meru Raya, Ipoh memerlukan sebuah masjid baharu untuk menunaikan solat berjemaah terutamanya ketika hari Jumaat, dan hari raya.
Sehingga hari ini, Surau Rafeah yang mempunyai keluasan yang amat terhad digunakan untuk dijadikan lokasi solat Jumaat tambahan (Surau Diri Jumaat) kepada para jemaah memandangkan masjid yang sedia ada tidak dapat menampung bilanganjemaah yang ramai.
Surau Rafeah yang dijadikan Surau Diri Jumaat sementara oleh penduduk di kawasan Meru Raya.
Di kawasan ini juga berhampiran pejabat pejabat kerajaan , bank-bank, hotel, rumah kedai dan juga di kelilingi taman taman perumahan yang telah sedia ada dan yang masih dalam pembinaan.
Kira kira 80% daripada penduduk dikawasan ini adalah beragama Islam dan pastinya keperluan membina sebuah lagi masjid untuk menampung bilangan jemaah ini amat mendesak terutama ketika hari Jumaat.
Kerja-kerja pembinaan fasa pertama sedang dijalankan namun dana masih belum mencukupi.
Marilah kita mengambil manfaat dari projek pembangunan Masjid Imam As-Syafie ini yang dalam peringkat awal pembinaan.
Bandar Meru Raya adalah sebuah bandar moden yang sedang pesat membangun dan, menjadi antara pusat penempatan utama di Bandaraya Ipoh.
Justeru, pembinaan masjid baharu yang serba lengkap dengan kemudahan fasiliti juga perlu dibina segera dikawasan ini.
Masjid ini akan bertindak sebagai mercu tanda keunggulan Islam di kawasan ini, memandangkan majoriti penduduknya adalah masyarakat yang beragama Islam.
Dengan pembinaan Masjid Imam As-Syafie ini juga syiar Islam dapat diperkembangkan melalui penganjuran program program ilmu dan kegiatan kegiatan lain termasuk perjumpaan dikalangan penduduk bagi memupuk hubungan silaturahim dikalangan mereka di sini.
Dengan pembinaan Masjid Imam As-Syafie ini sudah tentunya akan menjadi tempat untuk penyatuan Ummah dan pusat pemupukan ajaran agama kepada penduduk beragama Islam di kawasan Meru Raya Ipoh ini.
Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid ini masih memerlukan dana sebanyak RM 6.3 juta lagi disebabkan jumlah kutipan yang telah terkumpul setakat ini hanya kira kira RM 1.2 juta sahaja.
Masjid Imam As-Syafie perlu dibina dengan kadar segera bagi menampung kerpeluan ribuan penduduk Islam yang tinggal di Meru Raya, Ipoh.
Oleh kerana itu kepada para pemburu syurga, ayuh kita untuk turut sama menyumbang, bersedekah, berwakaf atau berinfak sebahagian kecil harta yang kita ada untuk tujuan pembinaan Masjid Imam As-Syafie ini dengan segera!
Dari Abu Huhairah RA, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:
SEDEKAH JARIAH, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(Surah Al Baqarah :261)